Khamis, 2007 Ogos 23

Agenda seterusnya...

Salam geng2 penternak semua...aku nak update sikit blog ni...setakat ini projek di tapak ini masih diteruskan walaupun pada peringkat awal ada beberapa halangan yang kami tak jangkakan. Dengan sokongan-sokongan oleh mereka diluar sana insyallah..projek ini akan diteruskan bagi menafaat mereka-mereka yang terlibat.

Tanah sudah dibajak dan digemburkan untuk menanam rumput napier dan guinea..pagar telah dibuat..tapak kandang sudah dibersihkan. Insyallah nanti aku akan upload gambar-gambar terkini untuk tatapan pembaca blog ini.

Ada dua tujuan utama tapak projek ini untuk dioptimumkan..satu ialah kandang kambing untuk transit apabila kami mengimport boer dari australia dan turun di KLIA akan terus di simpan disini. Kedua ialah kandang khas untuk pelabur-pelabur yang berminat untuk memelihara kambing mereka disini dibawah jagaan syarikat jutawantani. Selain itu sebuah kandang dengan kapasiti sederhana untuk pemeliharaan baka-baka terpilih kambing boer dan ianya diasingkan untuk menjaga kualiti dan penjagaan intensif yang akan dilaksanakan..
Dah banyak pembangunan dan penyelidikan yang telah kami lakukan didalam pengembangan baka boer ini..insyallah awal tahun 2008 akan menjadi tahun untuk Jutawantani memberi impak maksima di dalam pasaran seluruh malaysia...insyallah.


0 ulasan: